Skip to main content

Bola Sepak

'Daripada kecil aku pilih bola sepak tapi memang Tuhan cakap kena pergi tempat lain'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sog1.jpg
Siapa sangka, pemain dram terkenal, Raja Nazmin Shah, bersama abangnya penyanyi vokal dan pemain gitar, Raja Nazrin Shah, merupakan bekas pemain bola sepak handalan di sebuah kelab terkemuka di Selangor? 

Ketika ditemu bual dalam satu audio siar (podcast) di TikTok, kedua-dua adik-beradik itu menceritakan kisah silam mereka menceburi bidang sukan sebelum bergelar artis terkenal tanah air. 

Sebelum bergelar popular, Nazrin dan Nazmin merupakan bintang bola sepak untuk Shah Alam Antlers dan terpaksa membuat keputusan sukar memilih kerjaya sebenar. 

Namun, jauh di sudut hati Raja Nazmin Shah, bola sepak ialah sebahagian besar dalam kehidupannya selain mencipta lagu untuk kumpulannya. 

 
@leggo.fc Wow! Steady jawapannya! Player abola vs Rockstar oleh @Raja Nazmin Shah #hidupmatibolasepak #leggofc #sembangbola ♬ original sound - LEGGO FC


"Daripada kecil memang saya akan pilih bola sepak. Sampai harus pilih sama ada bola sepak atau muzik.

"Saya antara lima orang yang terpilih berbanding 600 orang yang hadir ketika ujian percubaan bersama Shah Alam Antlers.

"Sekarang, mereka mempunyai komuniti yang besar," katanya. 

Perkara paling sukar tiba tatkala Nazmin harus mengutamakan persembahan muzik berbanding bermain bola sepak pada satu hujung minggu berikutan tarikh yang sama.

"Jurulatih tanya saya nak main bola atau muzik.

"Selepas hampir satu jam merenung nasib, saya mengambil keputusan untuk keluar. 

"Memang Tuhan nak cakap kena pergi tempat lain.

"Tapi cinta terhadap bola sepak tetap nombor satu," tambahnya.

Untuk rekod, Nazrin dan Nazmin merupakan anggotan Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 bersama Shila Amzah dengan lagu Pelukan Angkasa.

Advertisement

Must Watch Video