'Tahun lalu fasa pemulihan, tahun ini saya lebih gembira kerana sudah berada dalam prestasi terbaik'
Itu reaksi penyerang kebangsaan, Faisal Halim, yang mahu membalas kepercayaan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, selepas tersenarai dalam barisan 29 pemain untuk perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Singapura dan Palestin, September depan.
Prestasi permainan yang semakin positif ketika beraksi bersama Selangor musim ini meningkatkan semangatnya untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara.
"Apa yang boleh saya katakan, sebelum saya pergi ke skuad kebangsaan, saya sudah bermain hampir tujuh perlawanan dalam Liga Super mahupun Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup termasuk latihan pramusim.
"Jadi, tiada masalah berkenaan tahap kecergasan.
"Saya sudah yakin dan selesa, namun belum berpuas hati.
"Saya sudah sampai indeks prestasi utama (KPI) daripada tahun lalu. Saya sudah kembali bermain dengan kerap dan tersenarai dalam kesebelasan utama.
"Jadi, minit permainan bukan lagi isu untuk saya cuma sekarang saya mahu jadi yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
Dia ditemui di majlis pelancaran kasut bola sepak terbaru hasil kolaborasi bersama jenama Ortuseight berlangsung pada Jumaat di Shah Alam.
Menurut Pengurus Pemasaran Ortuseight, Joe Zakaria, but terbaru diperkenakan bakal menjadi lebih istimewa kerana mendapat sentuhan peribadi daripada bintang bertubuh kecil itu sendiri.

Berikut senarai nama 29 pemain yang dipanggil untuk bersama skuad Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih, Peter Cklamovski bermula Isnin, 1 September 2025. pic.twitter.com/6KIiBNxKh0
— Malaysia NT (@malaysia_nt) August 29, 2025