Cristiano Ronaldo yang terkenal dengan sensasinya menjaringkan gol tetapi pada malam Isnin, penyerang Al-Nassr itu meyakinkan pengadil untuk tidak memberikannya penalti.
Pemain berusia 38 tahun itu jatuh dalam kotak penalti pada minit kedua selepas satu kekasaran ke atasnya dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pasukannya dengan pasukan Iran, Persepolis.
Tetapi apabila pengadil dari China, Ma Ning memberikan penalti, Ronaldo tampak segera bangun dan mohon untuk keputusan itu dibatalkan.
Ning kemudian dihantar ke monitor tepi padang dan akhirnya menukar keputusannya.
Gabungan pembantu pengadil video dan kejujuran Ronaldo jelas menyelamatkan Persepolis. Perlawanan diteruskan tanpa jaringan, dengan pemain Al Nassr, Ali Lajami dibuang padang pada minit ke-17.
Al-Nassr telah pun layak ke peringkat kalah mati sebelum perlawanan di Riyadh. Pasukan Liga Pro Saudi itu berada di puncak Kumpulan E dengan 13 mata selepas lima perlawanan dan lima mata di hadapan Persepolis di tempat kedua.
? HIGHLIGHTS | ?? Al Nassr 0️⃣-0️⃣ Persepolis ??
— #ACL (@TheAFCCL) November 27, 2023
The points were shared after a goalless draw ?
Match Report ? https://t.co/Nwh5C03rBK#ACL | #NSRvPRS pic.twitter.com/TMUuARSrXs
Pemain berusia 38 tahun itu jatuh dalam kotak penalti pada minit kedua selepas satu kekasaran ke atasnya dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pasukannya dengan pasukan Iran, Persepolis.
Tetapi apabila pengadil dari China, Ma Ning memberikan penalti, Ronaldo tampak segera bangun dan mohon untuk keputusan itu dibatalkan.
Ning kemudian dihantar ke monitor tepi padang dan akhirnya menukar keputusannya.
Gabungan pembantu pengadil video dan kejujuran Ronaldo jelas menyelamatkan Persepolis. Perlawanan diteruskan tanpa jaringan, dengan pemain Al Nassr, Ali Lajami dibuang padang pada minit ke-17.
Al-Nassr telah pun layak ke peringkat kalah mati sebelum perlawanan di Riyadh. Pasukan Liga Pro Saudi itu berada di puncak Kumpulan E dengan 13 mata selepas lima perlawanan dan lima mata di hadapan Persepolis di tempat kedua.
Happy that we qualified 1st in our group and to have achieved 20 games unbeaten.
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) November 27, 2023
Great Teamwork??@AlNassrFC_EN ?? pic.twitter.com/bnNpEGodVq