Skip to main content

Bola Sepak

Cristiano Ronaldo berlatih di pangkalan Real Madrid

cristiano-ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo kembali ke Real Madrid selepas Presiden Los Blancos, Florentino Perez, membenarkannya untuk menggunakan kemudahan latihan di kelab Sepanyol itu tatkala pemain tersebut sedang mencari kelab baru.

Kontrak Ronaldo di Manchester United ditamatkan bulan lalu selepas dia mengkritik hierarki The Red Devils termasuk pengurus, Erik ten Hag, dalam satu temu bual kontroversi.

Ketua pasukan Portugal itu mengundang lebih banyak topik panas dalam Piala Dunia selepas memanaskan bangku simpanan dalam kemenangan 6-1 skuad Selecao ke atas Switzerland dalam pusingan 16 sebelum tersungkur kepada Maghribi dalam suku akhir. 

Kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr, hangat dikaitkan untuk memancing Ronaldo dengan jurulatihnya, Rudi Garcia, berkata dia berbesar hati untuk melatih pemilik lima Ballon d'Or itu.

Bagaimanapun, belum ada perjanjian yang dibuat, dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, turut disebut-sebut sebagai destinasi alternatif buat pemain berusia 37 tahun itu.




Media AS melaporkan Ronaldo telah menghubungi Perez untuk meminta kebenaran menggunakan tempat latihan kelab, Valdebebas.

Ronaldo memenangi 15 trofi -- termasuk empat kejuaraan Liga Juara-Juara -- sepanjang tempoh sembilan tahun bersama Madrid, sambil menjadi penjaring terbanyak mereka dengan 450 gol.

Walaupun Al Nassr menjadi pilihan untuk menandatangani Ronaldo, laporan media di Sepanyol mencadangkan dia turut memiliki pilihan karier di Qatar sementara kepulangan ke kelab pertamanya, Sporting CP, juga boleh menjadi satu kemungkinan. 

Gol tunggal Ronaldo dalam Piala Dunia di Qatar adalah menerusi sepakan penalti ketika menentang Ghana di peringkat kumpulan, ini bermakna dia kekal sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah kejohanan itu (lapan gol) yang gagal menghasilkan sebarang jaringan di peringkat kalah mati kalah mati.

Advertisement

Must Watch Video