Skip to main content

Bola Sepak

Covid-19: FFF tangguh sambung liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fffcropped_1wf8aga78541vi6olzt8e4me-(2).jpg
Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) menangguhkan sebarang keputusan untuk menyambung aksi liga sehingga segala kekangan dalam negara itu diselesaikan.

Tatkala wabak coronavirus telah menyebabkan acara sukan di seluruh dunia terganggu, saingan bola sepak di Perancis tidak terkecuali.

FFF menolak untuk membatalkan saingan tetapi aksi semusim tanpa kenaikan atau penurunan mampu dilaksanakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, FFF mengenal pasti bebrapa kriteria untuk membuat keputusan dan waktu untuk menyelesaikan musim 2019-20.

"Untuk aksi dijalankan semula selepas ditangguhkan tetap diutamakan dalam misi menamatkan saingan," kata wakil FFF.

"Ia tertakluk kepada corak pemulihan, beegantung kepada tahap kejuaraan untuk membolehkan ia ditamatkan.

"Sebahagian saingan akan dipertimbang untuk ditamatkan.

"Tarikh akhir kejohanan akan bergatnung kepada tahap saingan itu."

FFF mengesahkan liga tempatan perlu ditamatkan ada 30 Jun dan dana sekitar EUR86 juta (RM404 juta) yang ditetapkan untuk bola sepak amatur akan kekal.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video