LALIGA
Coutinho sokong Neymar kembali ke Barcelona
Philippe Coutinho berkata ia akan menjadi "hebat" sekiranya Barcelona dapat memiliki Neymar semula di sebalik spekulasi mengenai kepulangannya ke Camp Nou.
Neymar baru meninggalkan Barca untuk berhijrah gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), pada Ogos tahun lalu -- bintang Brazil itu menjadi pemain termahal dunia selepas klausa pelepasan € 222 juta (RM1 bilion) telah diaktifkan.
Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu -- yang sudah pulih daripada patah kaki -- telah dikaitkan dengan perpindahan sensasi ke juara Sepanyol dan Eropah, Real Madrid, sementara khabar angin kepulangannya ke Barca kini timbul.
Iklan
Ivan Rakitic bercakap mengenai kemungkinan Neymar akan memakai jersi Barca sekali lagi selepas kemenangan 2-0 ke atas Malaga dan ia diikuti pula dengan Coutinho.
"Saya fikir seperti Rakitic, saya ingin mempunyai pemain terbaik di sini dan Neymar adalah salah seorang dari mereka," kata pemain antarabangsa Brazil, Coutinho, yang tiba dari Liverpool pada Januari lalu.
"Saya bermain bersamanya dalam skuad Brazil dan ia adalah satu keistimewaan. Ia akan hebat dapat memilikinya semula."
Neymar, yang mengalami retak metatarsal dalam kemenangan 3-0 PSG ke atas Marseille bulan lalu, telah menjaringkan 28 gol dalam semua pertandingan musim ini.
Sementara itu, Barca berkelebihan 11 mata di pucak LaLiga selepas mengharungi 28 perlawanan.
Must-Watch Video