Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Courtois: Saya mahu Hazard sertai Madrid

hazardcourtois.jpg
Thibaut Courtois mahukan rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Belgium, Eden Hazard, untuk menyertainya di Real Madrid.

Awal bulan lalu, Hazard mendedahkan yang dia sudah memiliki perancangan terhadap masa depannya, namun bintang Chelsea itu masih belum mengumumkan sebarang perkembangan lanjut.

Penyerang berusia 28 tahun itu, yang masih memiliki kontrak sehingga 2020, telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu dan Courtois berharap Hazard akan menyertai gergasi LaLiga itu.

"Saya tidak tahu sama ada dia akan menyertai Madrid atau tidak dan saya tidak tahu sama ada kelab ini mahukan khidmatnya," kata penjaga gol itu kepada Onda Cero.

"Bagi saya, dia pemain yang hebat, namun keputusan itu bukan terletak di tangan saya.

"Setiap orang perlu memilih apa yang terbaik dalam hidupnya.

"Bagi saya, dia merupakan antara pemain terbaik dunia dan sebagai seorang kawan, saya mahu dia berada di sini," katanya.

Courtois mewakili Chelsea selama empat musim sebelum berpindah ke Madrid, Ogos tahun lau.

Hazard pula telah menghasilkan 13 gol dan 11 bantuan jaringannya sepanjang 29 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan Chelsea kini menduduki tangga keenam.

Advertisement

Must Watch Video