Antoine Griezmann sedang mengambil masa untuk memutuskan sama ada mahu kekal di Atletico Madrid, kata gandingan serangannya, Diego Costa, yang menjangkakan pemain kelahiran Perancis itu tidak akan keluar.
Griezmann meledak dua kali untuk menghadiahkan kejayaan Liga Europa buat Atletico, yang mengalahkan Marseille 3-0 dalam final awal bulan ini, tetapi telah dikaitkan dengan perpindahan ke juara LaLiga, Barcelona.
Penyerang itu dilaporkan mempunyai klausa pelepasan € 100 juta (RM466 juta) dalam kontraknya, dengan Barca bersedia untuk memperkuatkan jentera serangannya yang sudah dibarisi Lionel Messi, Luis Suarez dan Ousmane Dembele.
Tetapi Costa, yang menyertai semula Atletico dalam jendela perpindahan Januari lalu, berasakan Griezmann boleh dipujuk untuk terus berada di Wanda Metropolitano.
"Dia mengambil sedikit masa untuk mengatakan tentang masa depannya dan saya fikir ada keraguan di pihaknya," kata Costa dalam sidang akhbar.
"Apa yang saya katakan kepadanya adalah kamu perlu gembira dan kamu mesti berasa seperti itu kerana pemain gembira akan terus bertambah baik. Tetapi jika kamu fikir perpindahan boleh gembira, maka kamu perlu meninggalkan pasukan. Pemain perlukan keselesaan dan kegembiraan.
"Dia sedar bahawa kami sangat menyayanginya dan dia adalah pemain penting di sini. Jika dia kekal bersama kami, ia hebat.
"Jika dia pergi, kami juga mesti gembira kerana dia memberi kami gelaran musim ini, tetapi pada akhirnya, saya fikir dia akan kekal," katanya lagi.