Diego Costa berkata Antoine Griezmann memainkan peranan dalam meyakinkannya untuk kembali ke Atletico Madrid, justeru dia berharap bintang Perancis itu kekal.
Griezmann memutuskan untuk tidak berpindah susulan larangan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengenakan larangan menandatangani pemain baru ke atas Atleti.
Pemain berusia 27 tahun itu kembali dikaitkan dengan Barcelona dan Manchester United sambil mengakui dalam temu bual dengan L'Equipe bahawa dia mahu masa depannya diselesaikan sebelum Piala Dunia, musim panas nanti.
Costa kembali menyertai Atletico dari Chelsea tahun lalu. Meskipun dikenakan larangan pendaftaran, dia sanggup menunggu sehingga Januari sebelum secara rasminya menyertai kelab ibu kota Sepanyol itu lalu membentuk gandingan hebat bersama Griezmann, beberapa minggu kebelakangan ini.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu berkata Griezmann sering bercakap dengannya ketika dia di Brazil sementara menunggu untuk kembali ke Atleti dan dia kini berharap dapat meyakinkan rakan sepasukannya itu agar tidak angkat kaki.
"Dia tahu dia adalah watak penting Atletico, dia masih bersama kami dan kami harap dia akan kekal," kata Costa dalam sidang media.
"Saya berasa seronok jika dia kekal di sini tetapi setiap orang mahukan yang terbaik. Bagi saya, perkara terbaik adalah dia kekal.
"Saya fikir dia akan kekal. Ketika saya berada di Brazil, dia pernah memanggil saya dan memberitahu saya untuk datang ke Atletico. Saya tidak mahu bersendirian di sini!
"Griezmann sedar kami amat menyanjunginya di Atletico, saya harap dia terus begitu, malah dia tidak memberitahu ke mana destinasinya."
Spekulasi tercetus berikutan tawaran kejutan Atletico untuk khidmat bintang Juventus, Paulo Dybala, sekiranya Griezmann berpindah.
Pemain antarabangsa Argentina itu yang sempat dikaitkan dengan Real Madrid, dilaporkan bertemu dengan pengurus Atleti, Diego Simeone, di sebuah restoran di Madrid pada Isnin lalu.
Sehubungan itu, Costa amat mengalu-alukan kelibat Dybala di Wanda Metropolitano.
"Saya tidak tahu apa-apa," katanya ketika ditanya mengenai pertemuan yang dikhabarkan itu. "Kita semua tahu dia seorang pemain yang hebat dan kami mahukan yang terbaik di Atletico."