Skip to main content

Bola Sepak

Coppa Italia: Inter lalui tempoh kurang bermaya

milan.jpg
MILAN 0 INTER 0

Pengurus Inter, Simone Inzaghi, menyalahkan keletihan atas prestasi lemah pasukannya ketika menentang Milan dalam separuh akhir pertama Coppa Italia sambil mengakui Nerazzurri harus dirawat selepas diikat seteru kota mereka Serie A itu. 


Barisan kendalian hanya melancarkan tujuh percubaan tepat dalam kebuntuan jaringan pertemuan pertama itu, seterusnya melanjutkan rekod tanpa kemenangan mereka kepada lima perlawanan. 

Ia adalah rentetan kemarau kemenangan terpanjang mereka sejak menempuhi 10 perlawanan tanpa kemenangan pada Februari 2018 dan juara bertahan itu secara tidak langsung terpaksa menyerahkan kedudukan puncak Serie A kepada Napoli.

Inter juga gagal memenangi tiga pertembungan 'derby' Milan musim ini termasuk tersungkur menerusi jaringan Olivier Giroud berganda dalam aksi liga bulan lalu. 

Justeru, Inzaghi percaya kekalahan mereka kepada Rossoneri sebelum ini selain kerahan kudrat kebelakangan ini telah memberi kesan besar kepada pemainnya. 


 

"Saya fikir seri ini adalah satu keputusan yang tepat," katanya kepada Mediaset. 

“Kami masih menjilat luka kami selepas tewas 1-2 dalam derby Serie A. Kami menguasai perlawanan itu sehinggalah minit ke-75. 

"Saya rasa derby kali ini kurang hangat berbanding dua perlawanan sebelum ini kerana ia melibatkan pertaruhan tinggi. Kedua-dua pasukan gugup dan mahu mengharungi aksi selama 180 minit.

“Kami mahu ke final dan memenangi satu lagi trofi tetapi sedar ini adalah perlawanan ke-36 buat kami pada musim ini, kami perlu mendapatkan semula ketajaman di depan gawang dan kami sedang berusaha.

"Kami terlalu kerap beraksi. 

"Selain daripada satu kesilapan yang kami lakukan di bahagian belakang dan usaha menyelamat Handanovic, saya tidak pasti Milan ada peluang yang lain."

Advertisement

Must Watch Video