INTERCITY 3 BARCELONA 4
Barcelona tidak boleh berpuas hati dengan hasil pertembungan 4-3 dalam Copa del Rey menentang Intercity, menurut Xavi selepas perlawanan pusingan 32 yang bersejarah itu.
Skuad Blaugrana memerlukan sentuhan wira Ansu Fati pada masa tambahan untuk menjadi pemisah kepada pertembungan mendebarkan dengan lawan divisyen ketiga itu yang menyaksikan tujuh gol terhasil dengan Oriol Soldevila melakar hatrik luar biasa.
Walaupun juara 31 kali itu mampu bertindak balas dengan cara yang tepat, mereka berdepan tentangan sengit daripada tuan rumah yang bangkit tiga kali untuk menyamakan kedudukan, lantas pengurus Barca tersebut sedar bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan sukar LaLiga bertemu Atletico Madrid, awal pagi Isnin depan.
“Kami bolos banyak dalam perlawanan yang didominasi kami," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
“Kami tidak menyekat bahagian tengah, kami tidak mempertahankan kawasan itu dengan baik.
"Kami tidak boleh pulang dengan gembira. Perlawanan ini agak bagus tetapi kami perlu lebih kental. Ia boleh berlaku di bahagian pertahanan tetapi permainan ini perlu ditamatkan dan kami agak longgar.
"Tetapi kami perlu mendominasi permainan dan kami bagus dalam mengatur rentak. Kami mempunyai situasi menarik tetapi kami juga banyak menderita. Kami menjadikan perlawanan ini terlalu rumit.
"Hari ini saya gembira dengan permainan seperti ini. Kami kekurangan kekuatan. Tetapi kami mampu berada dalam detik yang baik dalam permainan. Saya perlu memikirkan apa yang boleh diperbaiki."

3 - CF Intercity are the first team from a third tier to score three goals in a single Copa del Rey game against FC Barcelona since Novelda in September 2002 (3-2). Epic. pic.twitter.com/apdCg88I88
— OptaJose (@OptaJose) January 4, 2023