Skip to main content

Bola Sepak

Cools tidak kecewa pilih wakili Malaysia

cools.jpg
Pemain pertahanan warisan campuran negara, Dion Cools, tidak berasa kesal memutuskan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa susulan kejayaan Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023, semalam.

Cools yang menyertai pasukan kebangsaan kira-kira setahun lalu berkata, dia gembira dengan pilihannya itu dan keputusan itu dibuat bukan berdasarkan aspek bola sepak semata-mata tetapi semua yang berkaitan dengan negara.

“Saya juga rakyat Malaysia, jadi bagi saya saya rela mati untuk negara.

“Saya memberikan segala-galanya di atas padang supaya selagi saya mempunyai mentaliti ini maka saya boleh memberikan 100 peratus saya setiap kali untuk pasukan dan seluruh negara," kata pemain keturunan Belgium-Malaysia itu.

Malaysia menamatkan saingan kelayakan Piala Asia Kumpulan E selaku naib juara di belakang Bahrain selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
 

Advertisement

Must Watch Video