Antonio Conte tidak mahu terlalu gopoh untuk mempertaruhkan Christian Eriksen tetapi terpaksa mengubah perancangannya itu awal pagi tadi ekoran kepincangan di bahagian tengah pasukannya dalam kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina.
Eriksen melengkapkan penghijrahannya daripada Tottenham ke Inter semalam untuk muncul muka baru ketiga kelab Serie A itu dalam jendela perpindahan bulan ini selepas mereka mengikat Ashley Young dan Victor Moses.
Dia dimasukkan sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki 24 minit dalam pertemuan suku akhir Coppa Italia itu yang menyaksikan jaringan Nicolo Barella 42 saat kemudian menjadi pemisah kepada kedua-dua pasukan.
Arkitek di bahagian tengah itu masuk menggantikan Alexis Sanchez dan hampir mencipta satu umpanan untuk gol ketiga pasukannya sebelum ledakan Lautaro Martinez tersebut dibatalkan akibat ofsaid.
Bagaimanapun, Conte mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak merancang untuk menggunakan khidmat muka baru itu terlalu awal di San Siro.
"Kami tidak berniat untuk menurunkan Eriksen, ia masih terlalu awal kerana dia hanya mula berlatih bersama kami semalam tetapi hanya Matias Vecino dan Barella merupakan pilihan di bahagian tengah yang kami ada," katanya kepada Rai Sport.
"Eriksen memiliki karakter dan meningkatkan kualiti skuad ini. Saya berharap lebih ramai pemain akan kembali (daripada kecederaan) kerana pilihan yang kami ada sangat terhad.
"Hari ini, kami mencuba sistem 'trequartista' bagi menangani ketiadaan Stefano Sensi dan Marcelo Brozovic. Eriksen boleh memainkan beberapa peranan yang berbeza dan kita akan melihatnya kelak -- dia boleh menjadi satu pilihan tetapi kami perlu menjayakannya dengan lebih baik lagi.
"Kami agak terpaksa menggunakan tiga penyerang kerana saya menyedari masalah di bahagian tengah."
Inter mempunyai peluang yang lebih baik bagi kemenangan lebih besar di San Siro itu, namun Martin Caceres sempat mencipta debar apabila membatalkan jaringan pendahuluan Antonio Candreva sebelum jaringan Barella menyusul.
"Saya melakukan percubaan dan ia menuju tepat ke sudut bawah, saya harus belajar untuk menyumbat gol yang lebih mudah," kata pemain kebangsaan Itali itu kepada Rai Sport.
"Kami sememangnya berhak untuk meraih kemenangan ini, kami perlu terus berusaha keras dalam Serie A tetapi kami juga agak kurang bernasib baik dalam beberapa situasi. Apapun, kempen ini masih panjang."
Barella bakal bersaing di samping pemain tengah Denmark itu untuk mengisi bahagian tengah di Inter, namun pemain berusia 22 tahun berkenaan gembira berpeluang untuk bergandingan dengan bekas pemain Spurs tersebut.
"Pengembaraan saya di Inter berjalan dengan cukup lancar sekali. Setiap orang mempunyai keyakinan terhadap saya dan kami sedang melakukan sesuatu yang penting," tambahnya.
"Eriksen merupakan pemain berkelas dunia dan akan meningkatkan tahap kualiti keseluruhan skuad. Saya harap tidak lama lagi dia boleh menceriakan San Siro."
Editor: Shaiful Shamsudin