Skip to main content

Bola Sepak

Conte tekad gilap Harry Kane jadi penyerang paling berbisa

kane.jpg

Pengurus Tottenham, Antonio Conte, menegaskan dia akan mendorong Harry Kane untuk terus meningkat dan menjadi penyerang terbaik di dunia.

Kane merangkul anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas memainkan peranan dalam separuh daripada gol yang dicatat kelabnya bulan lalu apabila menyumbangkan empat gol dan dua jaringan.

Pemain antarabangsa England itu menyusuli prestasi tajamnya dengan menghasilkan satu lagi bantuan gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Newcastle United, hujung minggu lalu, yang merupakan gol ke-20 liga dalam 63 penampilan terakhirnya, ia jumlah terbanyaknya sepanjang 211 perlawanan. 

Sentuhan penyudah penggempur Spurs itu juga menyamai pencapaian Bobby Charlton di peringkat kebangsaan bulan lalu selain hanya empat gol lagi untuk memecah rekod terbanyak England, 53 gol, milik Wayne Rooney. 

Conte mengulangi pujiannya terhadap Kane sebelum kunjungan ke Aston Villa Ahad ini sambil membincangkan kepentingan peranan pemain berusia 28 tahun itu yang dianggapnya masih boleh berkembang.

“Saya rasa dia layak diiktiraf dalam dunia bola sepak,” kata bekas pengurus Itali itu mengenai penyerang bintangnya tersebut dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi. 

 

"Saya rasa Harry juga dia dalam usia yang sesuai untuk membuktikan dia boleh diangkat sebagai antara yang terbaik, bahkan terbaik di dunia dan di dalam sejarah. Namanya sudah pun terpahat di dalam sejarah kerana  meledak banyak gol buat kelab dan pasukan kebangsaan. Dia berada pada umur yang sesuai untuk menyatukan semua elemen ini dan menjadi antara yang terbaik.

“Dia bukan penyerang tipikal kerana dia adalah nombor sembilan dan nombor 10. Kami cuba mengeksploitasi ciri-ciri ini.

"Kita sedang bercakap tentang seorang pemain yang hebat. Sangat sukar untuk memperbaiki lagi prestasinya tetapi kami tetap cuba mengusahakannya dan mendorongnya agar bercita-cita tertinggi, iaitu menjadi seorang penyerang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video