Selepas satu lagi perlawanan yang cukup mendukacitakan, dibelasah 3-0 oleh Manchester United, Tottenham akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan pengurus, Nuno Espirito Santo, semalam.
Dalam tempoh yang singkat, pengerusi Tottenham, Daniel Levy, mengesahkan bahawa pilihan utamanya sebagai pengganti Nuno adalah tidak lain tidak bukan, Antonio Conte, seorang pengurus yang dikhabarkan turut diburu oleh Manchester United.
Menurut laporan akhbar British, The Daily Mail, dan juga laman sesawang Goal.com, Conte hampir pasti menyertai Spurs, biarpun selepas rundingan di antara kedua-dua pihak gagal sewaktu jendela perpindahan musim panas lalu.
Pengurus berbangsa Itali itu, yang dilaporkan bakal tiba dan memulakan sesi latihan bersama pasukan seawal mungkin, diiringi rekod kejayaan yang sudah terbukti.
Dia memiliki kepintaran taktikal yang disegani dan telah berkali-kali membentuk satu pasukan yang mantap dan bersatu-padu.
Sebagai bonus tambahan, dia turut memiliki pengalaman menguruskan kelab Liga Perdana Inggeris sewaktu tempohnya bersama Chelsea.
Conte telah memimpin Juventus untuk menjulang trofi juara Serie A dan turut mengecapi kejayaan yang serupa sewaktu bersama Chelsea.
Selepas berpindah ke Inter Milan, dia berjaya menamatkan dominasi Juventus yang menjuarai liga saban musim.
Rekod sebegini sememangnya diidam-idamkan oleh mana-mana kelab dan dalam situasi yang melanda Tottenham kini, dan tidak hairanlah Levy terdesak untuk mendapatkan khidmatnya.

Spurs merupakan satu pasukan yang memiliki ramai pemain berbakat, namun potensi mereka kelihatan tidak dapat diserlahkan sepenuhnya musim ini.
Gaya pengurusan Conte yang agresif dan tiada belas kasihan disasarkan akan bakal mengubah segalanya.
Ini adalah satu tempoh yang pastinya cukup mengujakan buat penyokong Spurs, namun sebelum Conte diumumkan sebagai pengurus secara rasmi, mereka haruslah bersedia untuk menghadapi kerenah pengurus itu yang bukannya mudah untuk dipuaskan.
Di sebalik segala kejayaan yang dikecapi, umum mengetahui bahawa Conte tidak pernah kekal lebih daripada tiga tahun bersama mana-mana pasukan dan dia diketahui boleh berundur pada bila-bila masa sahaja jika keinginannya tidak dipenuhi.
Pada bulan Mei tahun lalu, Inter menghadapi masalah kewangan dan membuat keputusan untuk menjual dua pemain bintang mereka, Romelu Lukaku dan Achraf Hakimi demi menyelesaikan krisis tersebut.
Tindakan itu ternyata bertentangan dengan impian Conte untuk membawa kejayaan berterusan kepada kelab, maka biarpun dia baru sahaja memimpin Inter mengecap kejayaan, dia tidak segan untuk mengundurkan diri serta-merta.
Sewaktu tempohnya bersama Chelsea pula, konflik timbul di antara Conte dan lembaga pengurusan Chelsea, berpunca daripada pemain yang dibeli.
Conte tidak berpuas hati dengan persembahan Alvaro Morata yang dibeli dengan harga £58 juta (RM328 juta), serta Tiemoue Bakayoko dan Danny Drinkwater.
Pemain-pemain ini hanya dibeli selepas kegagalan Chelsea untuk mendapatkan Romelu Lukaku dan Virgil Van Dijk.
Dalam temu bual bersama akhbar Daily Telegraph, Conte dipetik sebagai berkata, "Saya memohon agar pihak kelab membeli dua pemain tertentu selepas kami menjadi juara liga tetapi tidak berjaya.
"Disebabkan itu, Chelsea hilang momentum untuk kekal di puncak selama bertahun-tahun akan datang."
Masalah di antara Conte dan pihak pengurusan Chelsea menyebabkan pasukan mereka dibelasah 3-0 oleh Bournemouth dan 4-1 di tangan Watford, dua keputusan yang cukup mengejutkan.
Akhirnya, Chelsea terpaksa membayar pampasan sebanyak £26.6 juta (RM153 juta) kepada Conte dan pasukan jurulatihnya demi memberi ruang kepada Maurizio Sarri, namun akhirnya pengurus tersebut ternyata tidak sebaik Conte.
Berdasarkan sejarah ini, kita pelajari bahawa Conte adalah seorang pengurus yang wajib diberikan apa yang dimahukan, terutama sekali daripada aspek sasaran pemain untuk dibeli.
Tottenham harus bersedia untuk membelanjakan wang demi mendapatkan pemain yang Conte percaya dapat membantu menjulang piala, sedangkan umum mengetahui Levy bukanlah seseorang yang pemurah daripada segi perbelanjaan.
Kegagalan untuk memuaskan Conte mungkin sahaja bakal berakhir dengan kesudahan yang mengerikan, dan itu adalah perkara terakhir yang diperlukan oleh Spurs ketika ini.