BARCELONA 2 INTER MILAN 1
Pengurus Inter Milan, Antonio Conte, mengkritik pengadil, Damir Skomina, kerana tidak menghormati pemainnya selepas tewas 1-2 kepada Barcelona dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Camp Nou awal pagi tadi.
Luis Suarez menjaringkan dua gol untuk Barca bangkit daripada ketinggalan dalam perlawanan Kumpulan F itu.
Inter jelas pasukan yang lebih baik dalam babak pertama dan memperoleh jaringan awal menerusi sentuhan Lautaro Martinez, namun Conte tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil dari Slovenia itu.
Pengurus berusia 50 tahun berkenaan kerap mempertikaikan keputusan pengadil itu sepanjang perlawanan dan tidak dapat membendung kekecewaannya.
"Terdapat perkataan 'hormat' di baju pengadil, jadi saya memberitahu mereka supaya berlaku adil, mereka perlu menunjukkan rasa hormat buat sesiapa yang datang ke sini untuk bermain bola sepak.
"Saya berasa agak marah. Amat menyakitkan untuk bercakap mengenainya tetapi saya dapat melihat beberapa insiden yang telah dilindungi dengan beberapa cara.
"Banyak perkara yang saya tidak suka berkenaan pengadilan sejak dari mula (perlawanan) lagi.
"Dia merupakan pengadil antarabangsa, berpengalaman luas dan mengadili final Liga Juara-Juara Eropah lalu, jadi dia bukannya seseorang yang boleh terpengaruh dengan suasana di Camp Nou.
"Ia kekalahan yang tidak wajar. Saya tidak fikir keputusan ini adalah gambaran yang adil buat keseluruhan perlawanan," katanya.
Inter, yang kini menerajui Serie A, tidak pernah tewas sepanjang di bawah kendalian Conte sehinggalah mereke bertemu juara LaLiga berkenaan.
Mereka kini akan mengalihkan tumpuan terhadap pertemuan dengan juara Itali, Juventus, di San Siro dengan Conte mahu pemainnya menggunakan keputusan itu sebagai pencetus semangat untuk menumbangkan skuad kendalian Maurizio Sarri itu, awal pagi Isnin ini.
"Pujian itu baik tetapi selepas persembahan seperti itu, kami layak menerima sesuatu yang lebih baik dan sekurang-kurangnya perlu mengambil beberapa peluang yang ada.
"Kami memberikan tekanan yang hebat buat Barcelona untuk tempoh yang panjang di laman mereka, namun selepas waktu rehat, mereka meningkatkan rentak dan beberapa pemain kami mula keletihan.
"Sekarang, kami akan menyembuhkan luka dan bersedia untuk berdepan Juventus, Ahad ini (awal pagi Isnin ini).
"Sukar untuk saya bercakap secara positif selepas kekalahan kerana saya amat tersiksa apabila kami tewas.
"Kami perlu menyedari apa yang perlu ditingkatkan supaya tidak lagi tersiksa seperti ini kerana kami tidak dapat pulang dengan gembira. Ia bukanlah mentaliti pasukan yang hebat.
"Kami bermain baik, namun hanya memperoleh satu mata daripada dua perlawanan.
"Situasi dalam Liga Juara-Juara boleh dikompromi jika kami mahu mematangkan diri, kami perlu pulang dengan kemarahan," tambahnya.