Pengurus Chelsea, Antonio Conte, mengakui pemainnya gagal mengawal perasaan selepas dipaksa beraksi dengan sembilan pemain dalam kekalahan mengejut 3-2 kepada Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Ini adalah kali pertama dalam tempoh 19 tahun, Chelsea mengalami kekalahan dalam aksi pertama liga yang menyaksikan Gary Cahill dibuang padang sebelum Burnley menyumbat tiga gol hasil sumbangan dua gol Sam Vokes dan Stephen Ward.
Alvaro Morata hampir menyuntik kebangkitan sebaik dimasukkan dalam babak kedua dengan membuka tirai jaringan buat The Blues sebelum membantu David Luiz meledak gol kedua -- yang hadir selepas Cesc Fabregas menerima layangan kad kuning kedua dan terpaksa meninggalkan padang.
Conte berpuas hati dengan aksi dalam babak kedua, namun mengakui pemainnya gagal mengawal perasaan selepas Cahill dilayangkan kad merah yang turut menyaksikan Fabregas mendapat kad kuning pertama ekoran tindakannya menepuk tangan kepada pengadil, Craig Pawson.
"Layangan kad merah Cahill merupakan faktor utama kerana kami terpaksa beraksi dengan 10 dan kemudian sembilan pemain," Conte bercakap kepada Sky Sports.
"Dalam tiga perlawanan terakhir, kami telah menamatkan perlawanan dengan 10 pemain. Mungkin selepas ini saya perlu menjangkakan perkara ini akan berlaku dalam aksi seterusnya.
"Saya tidak akan mengkritik pengadil. Kami mencuba sehingga minit akhir untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Sayangnya kami gagal menyamakan kedudukan dalam babak kedua.
"Tetapi pemain saya sering gagal mengawal perasaan dalam separuh masa pertama.
"Saya tidak bimbang dengan urusan pembelian pemain, saya yakin kelab ini sedang melakukan yang terbaik. Saya perlu fokus dengan pemain yang ada ketika ini. Tiada alasan lain."