Pengurus Porto, Sergio Conceicao, menegaskan kelab Portugal itu tidak merancang untuk membalas dendam terhadap Liverpool dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Awal pagi esok bakal menyaksikan Liverpool akan menyambut kunjungan Porto dalam aksi pembukaan suku akhir di Anfield itu dengan elemen dendam menguasai tajuk utama.
Liverpool membelasah Porto dengan agregat 5-0 dalam pusingan 16 musim lalu apabila gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meledak kelima-lima gol itu dalam aksi di Portugal.
Jurgen Klopp memberi amaran kepada Liverpool agar berhati-hati terhadap Porto yang berhajat untuk membalas dendam, namun Conceicao sebaliknya menafikan pasukannya mahu membalas dendam sebagai motivasi utama mereka.
"Saya dengar anda semua sering membangkitkan soalan adakah perlawanan ini mengenai hal membalas dendam terhadap Liverpool," kata Conceicao kepada wartawan. "Tidak, ini bukan mengenai balas dendam, ini permainan bola sepak.
"Semua perlawanan mempunyai sejarah tersendiri. Kami perlu sedar bahawa tiada sebarang keputusan pun mampu mengubah karakter kami.
"Apa yang berlaku tahun lepas sudah berlalu dan pada akhir ceritanya, kami tidak melakukan perkara yang dihajati dan pihak lawan sangat klinikal dalam apa yang mereka lakukan.
"Apa yang berlaku kelak, ia tiada kena-mengena dengan soal membalas dendam, kami melihat Liverpool sebagai sebuah pasukan yang sangat mantap.
"Liverpool hanya pernah seri dua kali di gelanggang sendiri. Seteru utama mereka adalah City dan pertemuan mereka di sini berakhir dengan keputusan seri.
"Mereka merupakan finalis Liga Juara-Juara (tahun lalu). Kami sedar sepenuhnya tentang kekuatan mereka, Kami sedar akan semua elemen itu dan ada jurang yang sangat besar di antara mereka dan kami.
"Kami berusaha setiap hari menerusi kualiti yang kami tonjolkan dalam setiap perlawanan. Anda tidak akan menilai sesebuah pasukan itu hanya selepas sehari dan perbezaannya sangat besar buat kami," hujahnya.
Liverpool -- finalis Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu -- kini menguasai puncak liga tatkala mereka memburu gelaran liga buat julung kalinya sejak 1990.
The Reds belum pernah tewaskan dalam aksi EPL di Anfield musim ini, termasuk dalam UCL.
Conceicao menambah: "Saya fikir adalah mustahil untuk menang di sini. Kami telah bersedia untuk mencapai kemenangan, itulah yang sedang kami usahakan dan kami perlu bekerja keras, itulah yang kami mahukan dalam pertembungan ini.
"Akan ada detik yang berbeza dalam perlawanan ini.
"Kadang-kadang kami akan bermain tanpa bola sementara pada masa-masa tertentu, akan ada peralihan yang sukar.
"Kami perlu seimbang ketika menyerang dan jika berpeluang, kami akan mengasak.
"Dengan mengamalkan corak bertahan dan menyerang, pasti akan wujud detik berbeza dalam perlawanan ini.
"Apa yang penting ketika ini, kami sedar apa yang perlu dilakukan."