"Dia satu daripada ramai" -- itu pendedahan eksklusif pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, berhubung status Rodrigo Holgado sebagai calon 'Malaysian abroad.'
Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sebentar tadi, Cklamovski tidak menafikan penyerang America De Cali, Colombia, itu sedang melalui proses berkenaan.
Holgado mencuri tumpuan apabila dikaitkan sebagai pemain warisan terbaru yang akan memperkuatkan bahagian serangan skuad kebangsaan.
Dia memiliki darah Malaysia daripada sebelah neneknya, sekali gus boleh dipanggil untuk ujian getir bertemu Vietnam bagi perlawanan kelayakan Piala Asia, 10 Jun depan.
"Kami mengenal pasti pemain berdarah Malaysia yang bermain di luar negara, kami mempunyai data menyeluruh yang canggih termasuk pemantauan.
"Apa yang penting adalah keinginan mereka untuk mewakili skuad negara, mereka merasa seperti rakyat Malaysia.
"Kemudian selepas kelulusan dokumen, mereka (akan dilayani) seperti pemain lain juga.
"Saya tidak pasti dia akan diturunkan (menentang Vietnam).
"Tidak kira siapa yang akan menyarung jersi ini, ia akan menjadi satu kebanggaan (untuk mewakili negara).
"Saya mahu penyokong Malaysia berasa bangga dan keterujaan terhadap pasukan ini, turut merasakan bangga terhadap pemain yang mewakili pasukan kebangsaan.
"Saya tidak boleh arahkan penyokong apa yang perlu dilakukan. Tapi mentaliti yang dibina, saya boleh tawarkan inspirasi kepada penyokong menerusi pasukan ini, sesuatu yang boleh mengubah bola sepak Malaysia," katanya di Nadi Bola sebentar tadi.
Holgado bakal hadir dengan reputasi hebat selaku penjaring terbanyak Liga Primera B Chile 2018 yang memiliki kemahiran inidividu tinggi.
Untuk rekod, skuad kebangsaan sudah pun memiliki dua pemain berdarah warisan terbaharu iaitu Hector Hevel dan Gabriel Palmero.
Kedua-duanya yang berpangkalan di luar negara itu turut dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini bagi aksi menentang Cape Verde dan Vietnam.