Skip to main content

Bola Sepak

City tandatangani Phillips daripada Leeds dengan kontrak enam tahun

phillips.jpg
Kalvin Phillips sah menyertai Manchester City daripada Leeds United dengan perpindahan yang dilaporkan bernilai £45 juta (RM240.71 juta).

City, yang telah mendatangkan penyerang, Erling Haaland, daripada Borussia Dourtmund, memerlukan seorang lagi pemain tengah untuk bergandingan dengan Rodri selepas Fernandinho mengesahkan bahawa dia akan membawa haluan berbeza selepas sembilan tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Phillips dilihat sebagai pengganti paling sesuai untuk mengisi kekosongan itu dan City segera memulakan usaha untuk mendapatkan pemain  kebangsaan England berkenaan, yang kemudian mengikat kesepakatan selama enam tahun.

Pengarah Bolasepak City, Txiki Begiristain, berkata: "Kalvin merupakan pemain yang sudah lama kami minati baik di peringkat domesitik atau antarabangsa, dia telah terbukti memiliki kemampuan dan kualiti luar biasa sepanjang beberapa musim ini.

"Caranya membaca permainan, di samping kemampuannya ketika melakukan hantaran, tenaga dan pengaruh yang dimilikinya menjadikannya sebagai pemain berbakat besar dan dia juga pemain yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk menang.

"Kami dapat rasakan yang dia merupakan penambahan terbaik buat skuad ini dan dia dapat memenuhi cara permainan kami dengan sempurna.

"Semua di sini sedang menantikan untuk melihat Kalvin bermain dan berkembang pesat sepanjang tahun-tahun mendatang," katanya.

Advertisement

Must Watch Video