Skip to main content

Bola Sepak

City perlu menang baki perlawanan untuk pertahan kejuaraan -- Guardiola

manchester-city-manager-pep-guardiola_1tr6owf0iuy0m1cys5uolanti8.jpg
Pep Guardiola mencadangkan Manchester City terlepas peluang untuk melakar kemenangan ketika mendahului Liverpool dan menegaskan pasukannya perlu menang baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) jika mahu merangkul kejuaraan.

Liverpool ketinggalan 14 mata pada pertengahan Januari, namun 10 kemenangan dalam 10 perlawanan menyaksikan kelebihan City berbaki satu mata menjelang pertemuan penentuan kejuaraan di Stadium Etihad.

Kevin De Bruyne meledak gol seawal minit kelima sebelum Diogo Jota menyamakan kedudukan.

Gabriel Jesus kemudian menemui jaring buat kali kelima ke atas Liverpool dalam semua pertandingan, hanya menjaringkan lebih untuk City ke atas Everton (lapan), untuk membuatkan skuad kendalian Jurgen Klopp ketinggalan buat pertama kali pada separuh masa.

Sadio Mane segera kembali menyamakan kedudukan untuk menghidupkan peluang untuk mengejar gelaran dan Guardiola menyeru City untuk menang baki tujuh perlawanan untuk memenangi EPL.

"Kedua-dua pasukan cuba untuk menang, kami melakukan segala-galanya namun tidak bernasib untuk meraih tiga mata," katanya kepada Sky Sports.

"Saya dapat berasakan kami telah memberikan mereka talian hayat, namun harus diingatkan Liverpool sentiasa menampilkan permainan yang menarik dan sentiasa memiliki ancaman dalam setiap serangan. Tidak diragui mereka sentiasa menghadirkan kesukaran.

"Saya juga berpendapat kami telah bermain dengan cukup baik, saya sangat berbangga dengan pasukan saya. Kini kedua-dua pasukan perlu berusaha memenangi tujuh perlawanan terakhir, jika tidak akan persaingan ini akan berakhir."

Advertisement

Must Watch Video