Pep Guardiola menyatakan rasa bangga selepas pasukan bimbingannya, Manchester City, naik ke kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris susulan kemenangan 2-0 ke atas Everton, awal pagi tadi.
City ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool bulan lalu tetapi terus mengejar untuk kedudukan teratas dan jaringan daripada Aymeric Laporte dan Gabriel Jesus membolehkan mereka mengutip kemenangan ke atas The Toffees.
Skuad kendalian Guardiola itu yang merupakan juara bertahan kini mengatasi Liverpool menerusi perbezaan gol walaupun The Reds mempunyai kelebihan satu perlawanan.
"Ia lebih bagus untuk berada di puncak liga," kata Guardiola.
"Kami sudah beraksi dalam lebih satu perlawanan. Ia sesuatu yang terbaik kami mampu lakukan.
"Realitinya, kami hampir ketinggalan 10 mata sewaktu bertemu Liverpool. Beberapa hari lalu, kami mungkin ketinggalan tujuh mata. Kini, kami di puncak liga.
"Satu nasihat terbaik, jangan mudah berputus asa. Ia satu pengajaran untuk atlet. Cuba memenangi perlawanan kerana kehidupan boleh berubah sekelip mata.
"Saya tidak pasti apa yang difikirkan lawan. Terdapat banyak pencabar untuk trofi. Seteru pastinya akan ada. Perlawanan masih banyak dan getir. Kami tahu ia bakal mencabar.
"Jumlah perlawanan yang kami hadapi membuatkan kami tidak boleh berehat. Kami hadir daripada 100 mata selaku juara bertahan dan berada dalam situasi hampir berputus asa tetapi ia tidak berlaku.
"Kami memberikan aksi terbaik ketika berdepan Liverpool. Pemain telah menunjukkan keinginan tinggi serta persembahan terbaik dalam dua tahun terakhir. Bagaimana saya boleh persoalkan mereka?"
Dalam aksi awal pagi tadi, City tampak tidak mempamerkan aksi terbaik tetapi cukup untuk membenam Everton tatkala The Toffees merupakan pasukan yang sering mencetuskan masalah buat mereka.
"Percubaan memang ada tetapi prestasi tidak sebagus seperti yang kami jangkakan," tambah Guardiola.
"Goodison Park sentiasa sukar buat City dalam dekad terakhir. Kami melalui aksi sukar tiga tahun lalu di sini.
"Kami melalui babak pertama yang baik. Kami tidak melepaskan sebarang percubaan tepat di sini dan ia tidak normal. Satu lagi cabaran getir (berdepan Chelsea) akan dilalui selepas ini.
"The Blues adalah pasukan hebat yang mempunyai tempoh tujuh hari untuk melakukan persiapan. Kami harus bersedia. Ia ibarat final buat kami hujung minggu ini. Jika kami mampu mengutip mata, ia satu langkah besar ke depan."