Skip to main content

Bola Sepak

Cinta Faisal Halim kepada bola sepak belum terpadam -- Asmawi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim-selangor_1.jpg
Kehadiran Faisal Halim ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membawa signal jelas akan rasa sayang pemain itu terhadap sukan bola sepak.

Ketenangan dan senyuman yang di lemparkan Faisal seolah-olah menyemarakkan lagi pasukan kesayangannya yang sedang berhadapan cabaran Negeri Sembilan dalam aksi kalah mati Piala FA, semalam.

Seakan menyambut kepulangan keluarga yang terpisah hampir sebulan, kemenangan Selangor juga tampak cukup manis untuk dijadikan sebagai salam kembali buat anak jati kelahiran Pulau Pinang itu.

Seandainya ada yang ingin memisahkan Faisal dengan bola sepak, usaha itu nampaknya tidak berjaya, malah semangat pemain ini nampaknya tidak luntur untuk segera kembali di atas padang

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video