Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Eric Maxim Choupo-Moting, berharap pengkritiknya "akan menemui kedamaian" sekiranya perkara buruk menimpa mereka berikutan kegagalannya menjaringkan peluang gol terbuka ketika bertemu Strasbourg menjadi bualan hangat.
Setelah meletakkan kelab ibu negara Perancis itu 1-0 di depan dalam aksi Ligue 1 hujung minggu lalu, penggempur itu menghalang bola yang terbias daripada Christopher Nkunku daripada bergolek melintasi garisan gol apabila bola berkenaan tersekat di tiang gol.
Strasbourg kemudiannya memanfaatkan sepakan penalti sebelum menjaringkan gol kedua menuju waktu rehat, namun PSG mengelak kekalahan yang memalukan itu melalui ledakan pemain gantian, Thilo Kehrer.
Choupo-Moting meminta maaf atas campur tangannya itu yang sebenarnya langsung tidak diperlukan dan semalam, dia menulis di Instagram untuk menyatakan hasratnya untuk melupakan kesilapan tersebut sambil berjanji untuk mencurahkan segala kudratnya buat PSG.
"Prestasi ada turun dan naiknya, itulah kehidupan," tulisnya. "Saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku tetapi saya akan cuba untuk melakukan yang lebih baik! Saya minta maaf kepada mereka yang saya kecewakan tetapi kesilapan adalah sebahagian daripada manusia, terutama dalam sukan!
"Sungguh menyedihkan untuk melihat bagaimana perkara-perkara negatif disensasikan, khususnya oleh media dan ia mengubah pendapat orang ramai.
"Saya sangat menyayangi PSG dan ia satu perasaan yang bagus untuk menjaringkan gol di hadapan penyokong sendiri. Malangnya selepas itu, saya membuat kesilapan besar dan semua sumbangan saya seakan-akan dilupakan!
"Saya berharap kesemua pengkritik yang menghina saya akan berasa puas, mendapat ketenangan dan kebahagiaan mereka dalam kehidupan sendiri!
"Bagi mereka yang sentiasa menyokong saya atau hanya memahami kesilapan yang boleh berlaku ... saya ingin mengucapkan terima kasih dan ia satu penghormatan yang besar, saya akan terus mencurahkan segala-galanya."