Skip to main content

Bola Sepak

Chiellini: Tottenham banyak lepas peluang

8318giorgio-chiellini.jpg
Giorgio Chiellini menyifatkan Juventus menjangkakan Tottenham akan melepaskan peluang dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) kerana kekurangan pengalaman beraksi dalam kejohanan ini.

Son Heung-min memberikan gol pembukaan buat Spurs di Wemble, tetapi jaringan Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala dalam tempoh tiga minit memastikan kemenangan 2-1 buat Juve dan 4-3 secara agregat.

Spurs bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 2-2 dalam aksi pertama di Turin, dan merupakan pasukan yang lebih cemerlang pada satu jam pertama di London tetapi perubahan taktikal Massimiliano Allegri memainkan peranan buat pasukan pelawat untuk terus mengejar gelaran yang didambakan selama ini.

Chiellini yang bertindak cemerlang selaku pertahanan tengah, percaya pengalaman terhad Spurs dalam saingan UCL menjadi kunci buat mereka untuk melakar kemenangan.

"Ia merupakan aksi yang menakjubkan. Sukar tetapi kami yakin dengan kebolehan kami.

"Mereka memiliki barisan pemain yang berkualiti, Harry Kane, Christian Eriksen, Dele Alli, Heung-min, tetapi mereka gagal menyempurnakan peluang terhidang. 

"Ia merupakan sejarah Tottenham. Mereka menghasilkan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

"Dalam perlawanan Paris Saint-Germain-Real Madrid, pengalaman yang penting, dan kami menggunakan kemahiran kami," ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video