Kedah dijangka tidak menghadapi masalah untuk menundukkan pasukan PKNP FC dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA di Stadium Darulaman, Alor Setar, esok.
Biarpun kehilangan dua tonggak, Sandro da Silva dan Amirul Hisyam Awang Kechik, akibat kecederaan, jurulatihnya, Tan Cheng Hoe, tidak memandang ia satu masalah besar untuk skuadnya beraksi baik.
Kedah dilihat menjadi pilihan dan senang untuk memenangi perlawanan esok, sebaliknya Cheng Hoe menegaskan Piala FA bukan perlawanan mudah.
"Saya percaya pemain akan turun dengan bersemangat dan fokus," kata jurulatih itu.
Mengulas mengenai kecederaan Amirul Hisyam yang retak tulang kaki, Cheng Hoe berkata: "Saya rasa dia kena rehat kira-kira tiga hingga lima bulan.
"Selain itu Sandro (da Silva) juga mungkin tidak diturunkan di bahagian tengah kerana mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Perak."
"Saya harap pemain-pemain yang diturunkan dapat mengimbangi kekurangan dalam pasukan Kedah."