Skip to main content

Bola Sepak

Cheng Hoe optimis pemain makin serasi

asiana-chenghoe_1.jpg
Pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe, optimis barisan pemain negara kini sudah semakin serasi dengan pendekatan taktikalnya untuk aksi persahabatan 'A' dengan Bhutan, esok.

"Selepas beberapa hari menjalani latihan, pemain mula mencipta keserasian, menyesuaikan diri dan paling penting, keyakinan pemain semakin memuncak selepas mengharungi aksi yang baik ketika bertemu Lubnan.

"Saya harap momentum seperti ini dapat dikekalkan," kata Cheng Hoe.

Cheng Hoe juga hanya mahu pemain mempamerkan aksi terbaik untuk merakam kemenangan dan tidak menetapkan bilangan gol yang perlu diledak.

Beliau turut tidak mahu pemain-pemain memandang mudah cabaran Bhutan serta mengelak daripada perkara yang sama berlaku ketika seri 2-2 dengan Mongolia.

Sementara itu, pengendali Bhutan, Trevor Morgan, menjangkakan aksi sukar buat pemainnya berdepan Malaysia.

Aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok adalah lebih sebagai pendedahan buat pasukannya menjelang saingan Persekutuan Bolasepak Asia Selatan (SAFF), September depan.

"Pemain-pemain saya kurang cergas. Baru-baru ini mereka kalah besar 7-0 kepada Maldives, kami sudah menjangkakannya berikutan aksi terakhir di peringkat antarabangsa adalah pada September lepas. 

"Ini peluang untuk saya menguji beberapa pemain yang tidak diturunkan dalam aksi terakhir," kata Morgan. 

Imej: Asiana

Advertisement

Must Watch Video