Sasaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk skuad negara muncul juara Piala Airmarine tampak tidak seiring dengan situasi yang dialami jurulatihnya, Tan Cheng Hoe, susulan kehilangan ramai pemain tonggak.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, meletakkan sasaran juara dalam Piala Airmarine 2019 dari 20 hingga 23 Mac ini.
Ia bagi melonjakkan kedudukan ranking Malaysia ke tangga ke-34 Asia, sekali gus mengelak daripada beraksi dalam pusingan play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.
Sasaran itu, bagaimanapun, menimbulkan persoalan apabila Cheng Hoe kehilangan 10 pemain yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala AFF 2018.
Paling mengejutkan apabila tiadanya nama tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) -- penjaga gol, Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Syafiq Ahmad -- ketika mereka bebas daripada kecederaan.
"Aidil mengetahui bahawa kami sedang berusaha memberikan peluang kepada pemain-pemain lain untuk diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan," kata Cheng Hoe.
Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 25 pemain, Cheng Hoe memilih beberapa muka baru, antaranya Faiz Nasir, Halim Saari dan Hafiz Ramdan.
Jurulatih kelahiran Kedah itu turut menyenaraikan kapten Felda United, Hadin Azman, serta memanggil semula dua tonggak Pahang, Matthew Davies dan Nor Azam Azih.
"Setiap perlawanan atau kejohanan kecil akan digunakan untuk meraih keputusan positif kerana kami mahu meningkatkan ranking bagi mengelak daripada aksi play-off kelayakan Piala Dunia."
Barisan 25 pemain:
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Kenny Pallraj, Firdaus Saiyadi (Perak), Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha, Matthew Davies, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Syazwan Zainon, Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari (Selangor). Zaquan Adha Abd Radzak, Ifwat Akmal Chek Kassim, Rizal Ghazali (Kedah), Akram Mahinan, Nicholas Swirad (PKNS FC), Syazwan Andik Ishak, Ahmda Hazwan Bakri, S.Kumaahran (Johor Darul Ta'zim), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Hadin Azman (Felda United).