Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampard, mendedahkan dia pernah cuba memancing Erling Haaland ke Stamford Bridge.
Ketika itu penyerang tersebut meledak 28 gol dalam 22 perlawanan buat Salzburg sebelum berkelana ke Borussia Dortmund.
Sepanjang menggalas tugas sebagai pengurus tetap kelab itu pada 2019-2021, dia cuba mempengaruhi ahli lembaga pengarah supaya merekrut penyerang tersebut yang kemudiannya menyertai Manchester City musim ini.
“Saya tidak tahu adakah dia akan membuat keputusan untuk datang ke sini tetapi saya merupakan peminat tegarnya," katanya dalam sidang akhbar awal pagi tadi.
Terdapat beberapa perkara yang berlaku yang orang tidak tahu mengenainya hingga boleh jadi sebegini, orang ramai bercakap tentang kesilapan dan perkara yang mungkin berlaku dalam bola sepak.
“Sama ada dia akan datang saya tidak tahu tetapi saya sudah berusaha keras termasuk beberapa pemain lain juga. Tetapi dia muncul calon yang paling cemerlang.
“Dari sudut kami, saya sudah berusaha memancingnya, saya tidak pasti apakah selera kelab ini untuk menjayakannya. Kami perlu bersaing hebat untuk membawanya kerana dia adalah seorang pemain handalan.
:Saya rasa klausa pembelian pada masa itu agak munasabah memandangkan pemain sepertinya (dia menyertai Dortmund sekitar £17 juta (RM96j). Saya tidak mempunyai perincian yang cukup untuk menyatakan betapa hampirnya ia menjadi kenyataan."
Haaland membuktikan sentuhan berbisanya dengan rekod 36 gol untuk membantu City menerajui puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus berpeluang mempertahankan kejuaraan ketika saingan berbaki dua perlawanan menjelang pertemuan di Stadium Etihad, malam esok.
“Saya sangat berminat untuk membawanya ke sini tetapi jelas ia tidak boleh berlaku. Tahap prestasinya pada ketika itu sangat jelas, kami menentangnya dalam perlawanan pra-musim untuk Salzburg," katanya.
“Pujian buatnya, saya gemar melihat pemain pada tahap itu, saya suka melihat pemain berkeperibadian sepertinya dan lapar untuk beraksi dan menjadi yang terbaik sebagaimana yang dibuktikannya. Daripada segi perlu berurusan dengannya, anda haruslah mempunyai perancangan dan idea yang jelas, tetapi pemain di tahap sepertinya boleh membuatkan apa-apa sahaja berlaku pada bila-bila masa.
“Saya rasa dia istimewa, saya fikir dia akan menyesuaikan diri dengan segera hanya berikutan tahapnya. Saya fikir dengan tahap permainan dan rekod jaringannya, pertama di Austria kemudian untuk negaranya dan di Bundesliga –- yang bukan liga yang mudah –- untuk serap ke dalam unit yang sangat bagus.
“Selebihnya hanya pujian buatnya dan pasukan di sekelilingnya. Saya sudah menjangkakannya, ia bukan sekadar jawapan yang mudah untuk difikirkan semula, saya amat menghormati pemain sepertinya."

— Chelsea FC (@ChelseaFC) May 18, 2023