Skip to main content

Bola Sepak

Celtic bertuah punyai pemain seperti Dembele -- Rodgers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

celtic-are-lucky-to-have-dembele-rodgers.jpg
Pengurus Celtic, Brendan Rodgers, memuji Moussa Dembele selepas penyerang itu menjaringkan dua gol ketika seri 3-3 menentang Manchester City dalam Liga Juara-Juara.

Dembele membuka jaringan di Celtic Park selepas hanya tiga minit dan dia sekali lagi meledak gol dalam masa 72 saat sebaik sahaja babak kedua bermula untuk menjadikan kedudukan 3-2.

City bangkit tiga kali untuk mengejar, dengan gol daripada Fernandinho, Raheem Sterling dan Nolito tetapi Rodgers memberikan tumpuan kepada pemain berbakatnya yang baru berusia 20 tahun itu selepas perlawanan.

"Kami bernasib baik kerana mempunyai dia," Rodgers memuji Dembele. "Dia telah dirisik oleh beberapa pasukan, namun ejennya adalah seorang yang bijak.

"Adakah dia pergi ke liga yang kononnya lebih baik dan duduk di bangku simpanan dan tidak beraksi dalam banyak perlawanan, atau dia ke sebuah kelab besar dengan peluang untuk membangun dan mengabiskan sedikit masa dalam pembangunan kerjayanya, dan kemudian beraksi, jika itu apa yang dia mahu lakukan?

"Dia benar-benar menguji bahagian pertahanan tetapi dia lebih daripada itu sebenarnya --  dia mempunyai sentuhan yang cukup hebat.

"Anda melihat ketangkasannya ketika menjaringkan gol ketiga. Dia seorang pemain yang mempunyai bakat besar."

Walaupun menjadi pasukan pertama meraih satu mata daripada perlawanan menentang Manchester City musim ini -- dan pasukan pertama untuk berada di hadapan menentang pasukan Pep Guardiola -- Rodgers mengakui pemainnya mempunyai perasaan yang bercampur-baur selepas membiarkan jurang kelebihan mereka dikejar semula sebanyak tiga kali.

"Kami kecewa dengan jaringan yang telah kami lepaskan. Kami boleh menganalisis kesemua tiga gol dan kami boleh melakukan yang lebih baik. Mereka bernasib baik dengan jaringan yang pertama.

"Saya berasakan prestasi pasukan benar-benar cemerlang di peringkat ini, dengan melakukan seperti itu. Pemain berhak untuk mendapat kredit. Untuk bermain menentang Manchester City dan melaksanakan seperti itu, ia adalah sangat menakjubkan.

"Sebilangan kecil daripada kami berasakan kami boleh melakukan lebih baik dengan jaringan, terutamanya kedua dan ketiga. Selebihnya adalah sangat cemerlang."

Rodgers juga memberi kredit kepada penyokong Celtic, yang mencipta suasana yang menakutkan buat pendahulu Liga Perdana Inggeris itu untuk bermain.

"Ia adalah satu bunyi yang saya tidak pernah dengar sepanjang saya berada di sini," kata Rodgers.

"Saya telah bermain di seluruh dunia, dalam suasana yang hebat, tetapi ini adalah semangat yang sebenarnya. Apabila penyokong dan pasukan berada pada tahap itu, ia adalah amat sukar untuk pasukan lawan walaupun Man City.

"Mereka benar-benar seperti pemain ke-12. Mereka membantu kami menghasilkan prestasi yang telah kami tampilkan."

Advertisement

Must Watch Video