Pemain tengah Real Madrid, Casemiro, memuji Cristiano Ronaldo dan menyifatkan penyerang itu sudah kembali menunjukkan dirinya sebagai pemain terbaik dunia.
Ronaldo menjaringkan dua gol – jaringan ke-300 dan 301 dalam saingan LaLiga dalam 286 penampilan -- ketika membantu pasukan menang 3-1 ke atas Getafe.
Pemain kebangsaan Portugal itu kembali menemui sentuhan, menjaringkan 14 gol dalam lapan perlawanan dan Casemiro memuji persembahan rakan sepasukannya itu.
"Kami menikmati dan bermain dengan baik, terutama sekali ketika kami berjaya mengawal permainan dengan rentak permainan kami," katanya.
"Getafe bergelut untuk bersaing dengan kami. Kami telah melakukan tugas dengan baik di laman sendiri.
"Ronaldo sekali lagi membuktikan dirinya sebagai pemain terbaik dunia," katanya.
Real kini mengalih tumpuan kepada saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan berkunjung ke Parc des Princes untuk berdepan Paris Saint-Germain (PSG) untuk aksi timbal balik, Selasa ini.
Pendahulu Ligue 1 itu, yang ketinggalan 1-3 dalam aksi pertama, terpaksa bermain tanpa kelibat bintang Brazil, Neymar ,yang baru sahaja menjalani pembedahan kaki.