Erik ten Hag mendedahkan Casemiro sedang bergelut untuk cergas bagi dipertaruhkan dalam perlawanan 'derby' Manchester sambil berkata skuad itu mempertahankan Alejandro Garnacho yang berdepan kemungkinan dikenakan sekatan di media sosial.
Mata dunia bola sepak akan tertumpu di Old Trafford malam esok tatkala pemenang 'treble', Manchester City, berusaha untuk menamatkan rentak tiga kemenangan berturut-turut yang tidak meyakinkan dijelmakan The Red Devils.
United memerah keringat untuk mencipta kemenangan ke atas Brentford, Sheffield United dan Copenhagen tetapi prestasi yang jauh lebih baik diperlukan sekiranya mereka ingin bersaing dengan anak buah Pep Guardiola itu.
Pertemuan getir itu menyaksikan Ten Hag terdesak untuk memulihkan Casemiro walaupun sedar berkemungkinan besar kehilangan pemain tengah tersebut untuk perlawanan ketiga berturut-turut akibat kecederaan buku lali yang dialami dalam tugasan bersama Brazil.
"Aaron Wan-Bissaka kembali berlatih hari ini dan Case bergelut dengan masa.
"Tidak, dia tidak berada di tahap 100 peratus."," kata pengurus itu mengenai Casemiro yang sempat berlatih untuk kemungkinan bertemu Copenhagen.

? The boss has confirmed that @AWBissaka has returned to training...#MUFC || #MUNMCI
— Manchester United (@ManUtd) October 27, 2023