Prestasi Liverpool ketika ini tidak mencerminkan bahawa mereka sebuah pasukan yang dikendalikan Jurgen Klopp, kata Jamie Carragher yang mengecam prestasi hambar The Reds dalam kekalahan di Brentford, awal pagi tadi.
Kemenangan 3-1 anak buah Thomas Frank itu menambahkan lagi kesengsaraan pasukan Merseyside berkenaan yang bergelut untuk menjelmakan semula prestasi cemerlang musim lalu.
Sejak memulakan semula kempen mereka sejurus Piala Dunia berakhir bulan lalu, Liverpool telah tersingkir daripada Piala Liga Inggeris (EFL ) sementara terumbang-ambing untuk mencipta kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Aston Villa dan Leicester City.
Kekalahan kepada Brentford menyaksikan mereka dijurangkan empat mata dengan empat teratas EPL, lantas Carragher berasakan mereka tidak lagi memiliki ciri-ciri yang acap dikaitkan dengan pengurus mereka yang dihormati itu.
“Ia menjadi tema Liverpool sepanjang musim ini,” kata bekas pertahanan The Reds itu kepada Sky Sports.
“Sebaik sahaja keamatan permainan meningkat, mereka tidak mampu mengatasinya.
“Mereka perlu beraksi dalam rentak permainan yang lebih perlahan memandangkan sebaik sahaja tempo menjadi laju, mereka tidak mampu untuk bersaing.
“Apabila saya menonton perlawanan Liverpool sekarang, bahagian tengah pasukan yang dibimbing Jurgen Klopp ini sudah berubah.
"Bagi saya, dari minit pertama era Klopp, segala jentera pasukan mampu berlari ke seluruh padang. Apabila saya tidak melihat Liverpool memecut dan menutup ruang ketika ini, ia seakan-akan bukan pasukan yang diasuh Jurgen Klopp dan saya ingin tahu sebabnya."
Liverpool berusaha mengukuhkan bahagian tengah dengan menandatangani Cody Gakpo, tetapi Carragher percaya aspek serangan bukanlah isu utama mereka, sebaliknya mencadangkan kehadiran pemain tengah.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Liverpool daripada segi bahagian tengah,” tambahnya.
"Mereka telah membeli seorang pemain tengah dalam tempoh empat setengah tahun iaitu Thiago Alcantara. Ia mula menghantui mereka sekarang.
"Mereka menandatangani Cody Gakpo tetapi jika Liverpool fikir mereka mampu menduduki empat teratas tanpa menandatangani pemain tengah dalam jendela ini, maka mereka tidak akan berpeluang."

I’ve not been watching a Klopp team for a lot of this season, it’s a team now that cannot cope with the intensity of the opposition. It reminds me of WENGER’s Arsenal, going from a powerful & pacy team to a technical one. Defensively it’s a shambles. #BRELIV
— Jamie Carragher (@Carra23) January 2, 2023