Penyerang veteran Australia, Tim Cahill, bersedia untuk saingan Piala Dunia Russia kali ini.
Cahill bakal seiring dengan legenda Brazil, Pele dan bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose dan Uwe Seeler, untuk menjadi pemain yang menjaringkan gol dalam empat penampilan Piala Dunia di Russia nanti.
Pemain berusia 38 tahun itu merupakan pemain bersifat berpasukan sejak kebelakangan ini selepas menjadi tunjang Socceroos beraksi di pentas antarabangsa.
Menjelang aksi pembukaan Kumpulan C berdepan Perancis pada Sabtu ini, Cahill menegaskan Australia perlu menampilkan aksi yang terbaik.
"Ia merupakan satu perlawanan yang sukar, kami perlu memberikan persembahan terbaik untuk meraih keputusan yang positif," katanya.
"Kami akan meneruskan latihan hingga aksi berdepan Perancis," ujarnya.
Mengenai kemungkinan menyertai Pele, Klose dan Seeler, Cahill berkata, "Saya telah berusaha untuk berada di tahap ini, beraksi dalam Piala Dunia. Saya akan berusaha untuk mencipta jaringan seiring dengan legenda seperti Pele dan Klose merupakan sesuatu yang tidak ternilai.
"Apabila yang turun di atas padang nanti, saya akan cuba untuk mencipta sesuatu," katanya.
Ketika Cahill berada pada penghujung karier, skuad Perancis bakal turun beraksi di Kazan dengan beberapa bintang muda yang meningkat naik, diketuai oleh Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele.
Perkembangan Les Bleus di bawah kendalian Didier Deschamps itu berkembang dengan positif -- kekalahan kepada Portugal dalam aksi final Euro 2016 masih lagi menjadi luka mereka dan dilihat sebagai pemangkin untuk cemerlang di Russia.
Presisden Persekutuan Bolasepak Perancis, Noel Le Graet, optimis dengan kemampuan skuad untuk mencipta kejayaan di pentas tertinggi dunia ini.
"Melihat kepada barisan pemain-pemain yang dimiliki, Perancis merupakan pasukan pilihan untuk muncul juara. Saya yakin kami mampu melakukannya."