Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Caballero: Chelsea kini lebih utuh

kepa.jpg
Willy Caballero menegaskan Chelsea kini "lebih bersatu" selepas insiden pertukaran pemain melibatkan Kepa Arrizabalaga.

Caballero membarisi kesebelasan utama ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Tottenham, Rabu lalu, sementara Kepa disisihkan daripada skuad utama selepas enggan digantikan ketika tewas kepada Manchester City dalam final Piala EFL, Ahad lalu.

Pengurus, Maurizio Sarri, berkata sebelum perlawanan dimulakan, beliau memberikan pesanan kepada pemain-pemain bahawa pemilihan skuad untuk beraksi adalah demi kebaikan mereka.

Caballero turut mendedahkan suasana positif dipamerkan selepas kekalahan mereka kepada City itu dan perkara yang berlaku menjadi pemangkin The Blues musim ini.

"Saya terpaksa menerima perkara yang berlaku. Semua individu yang terlibat mempelajari sesuatu yang baru.

“Sejak beberapa hari lalu, suasana dalam pasukan berada dalam keadaan harmoni. Semua berbincang mencari jalan untuk mengatasi Spurs dan kami melakukannya. Kami telah meningkat secara sepasukan."

Advertisement

Must Watch Video