Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Busquets bangga sepasukan dengan Messi

lionelmessisergiobusquets.jpg
Sentuhan ajaib Lionel Messi bukanlah satu kejutan buat rakan sepasukannya di Barcelona, Sergio Busquets.

Messi meledak hatrik yang ke-51 dalam karier dengan penuh bergaya ketika meletakkan Barca di landasan menjulang gelaran LaLiga buat kali kedua berturut-turut selepas merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Real Betis.

Aksi lima bintang yang dipamerkan oleh pemain kebangsaan Argentina itu menyaksikan penonton tuan rumah di Benito Villamarin bangkit untuk memberikan penghormatan ketika menyaksikan Betis tewas kepada Barcelona.

"Apa yang dipamerkan oleh Messi tidak lagi mengejutkan kami kerana Barcelona sangat beruntung keranaa dapat menyaksikan dia setiap hari dalam sesi latihan," kata Busquets.

"Ia merupakan satu kebanggaan kerana dapat beraksi di samping Messi kerana dia selalu mencipta sesuatu."

Kekalahan Atletico Madrid di tangan Athletic Bilbao bermakna Barcelona kini mendahului saingan dengan kelebihan 10 mata ketika berbaki 10 perlawanan tetapi Busquets mahu memastikan mereka terus mempamerkan aksi terbaik.

"Kami enggan mengambil sebarang risiko dan mahu bermain dengan baik dalam setiap perlawanan akan datang."
 

Advertisement

Must Watch Video