Skip to main content

Bola Sepak

Bundesliga jadi mahkota terakhir dalam kerjaya Lahm

30417lahm.jpg
Legenda Bayern Munich, Philipp Lahm, berjanji untuk menikmati setiap saat baki kariernya sebagai pemain selepas membantu kelab itu meraih gelaran Bundesliga kelima berturut-turut.

Skuad Carlo Ancelotti menjamin kejayaan itu dengan penuh bergaya selepas memperoleh kemenangan 6-0 ke atas Wolfsburg, awal hari ini, hasil jaringan David Alaba, Robert Lewandowski, Thomas Muller, Joshua Kimmich dan Arjen Robben.

Ia turut menandakan piala terakhir dalam kerjaya Lahm yang bergemerlapan, dengan pemenang Piala Dunia berusia 33 tahun itu bakal bersara pada akhir musim ini.

Lahm memenangi 21 trofi bersama Bayern -- termasuk lapan kejuaraan Bundesliga dan satu Liga Juara-Juara -- tetapi pemain Jerman itu melahirkan kekecewaannya kerana tidak menjaringkan gol dalam banyak kejohanan.

"Lapan liga, 21 gelaran, ya ok, itu hebat. Tetapi tidak banyak gol? Ia mungkin lebih baik!" kata Lahm.

"Memenangi Bundesliga bukan diberikan mudah. Kini, saya perlu menikmati beberapa minggu ini, setiap sesi latihan.

"Pada hari terakhir, saya akan berikan segala-galanya. Ramai orang akan berada di dalam stadium, keluarga saya, rakan-rakan.

"Banyak menjadi tumpaun. Pertama kejohanan Jerman, sebagai contoh. Walaupun saya menang begitu banyak gelaran, gelaran pertama tidak dilupakan.

"Tetapi perkara yang benar-benar istimewa tentang selama ini adalah kerjasama dengan pemain, jurulatih, mentor."

Walaupun membuat keputusan untuk bersara, Lahm kekal bermain secara tetap buat Bayern dalam musim ini, tetapi pemain pertahanan itu menegaskan dia tidak ragu-ragu mengenai menamatkan kerjaya sebagai pemain.

"Saya boleh merasainya. Saya mempunyai perasaan itu. Dalam latihan dan perlawanan. Ia akan menjadi keputusan yang tepat," Lahm berterusan.

Advertisement

Must Watch Video