Stadium Nasional, Bukit Jalil hampir pasti dipilih sebagai venue final Piala FA, 7 Julai ini, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman, berkata perbincangan kini berada di fasa akhir.
Stadium terbaik dunia 2018 berkenaan akan kembali menganjurkan final Piala FA selepas kali terakhir, tiga tahun lalu.
PSM hanya menunggu masa untuk menandatangani kontrak dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengesahkan pemilihan venue ini.
"Kami memang menantikan saat ini, lebih-lebih lagi bagi peminat bola sepak yang belum pernah berkunjung ke Stadium Nasional yang berwajah baru.
"Saya harap dapat menikmati pengalaman berbeza berbanding tiga tahun lalu ataupun stadium-stadium lain yang pernah menganjurkan perlawanan akhir," kata Azman.
Sebelum ini, Stadium Shah Alam disebut-sebut antara venue pilihan.
Jadi, perkembangan ini bakal menyaksikan Stadium Nasional, Bukit Jalil kembali dibanjiri 80,000 peminat selepas kali terakhir suasana itu disaksikan dalam majlis penutup Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos tahun lalu.