Skip to main content

Bola Sepak

Bukan satu tapi 2 pemain dari Sepanyol sempat sertai JDT pada minit akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

parra.jpg
Bukan setakat Ager Aketxe, malah Raul Parra turut sempat menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga-M) ditutup berkuat kuasa semalam.

Menerusi kenyataan kelab Harimau Selatan itu, bekas bintang Mallorca dan Cadiz itu menyertai JDT dan akan memakai jersi bernombor 36. 

Sebagai pertahanan terbaharu, Raul Parra akan menjadi tambahan aset untuk skuad kendalian Xisco Munoz menghadapi kancah domestik dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup serta Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). 

 

Sementara perancang tengah, Aketxe, pula bergabung dengan juara Liga Super itu dari kelab LaLiga, Real Zaragoza.

Untuk rekod, dalam saingan musim lalu menyaksikan Aketxe membuat 38 penampilan dan menjaringkan dua gol dan tiga bantuan jaringan untuk kelabnya menamatkan saingan LaLiga 2 di kedudukan ke-18.

Sebagai makluman, tempoh kedua bakal dibuka pada tahun hadapan bermula 5 Januari hingga 1 Februari 2026.

Advertisement

Must Watch Video