Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, beranggapan situasi pasukannya yang perlu bekerja keras untuk bangkit menewaskan dalam perlawanan minggu kedua Liga Super 2025/26 malam tadi sebagai 'bukan permulaan sempurna'.
Skuad kendalian Nizam Jamil mendahului 2-0 dalam 20 minit pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) permainan sehingga memaksa Harimau Selatan bekerja keras untuk kembali bangkit dengan kemenangan 5-3.
"Ternyata ia bukan permulaan yang sempurna buat JDT setelah menang 3-0 ketika berdepan Selangor FC pada aksi Sumbangsih minggu lalu, apabila kami perlu bekerja keras.
"Kami juga berdepan situasi yang berbeza dalam perlawanan itu, dan ini membuatkan kami perlu belajar memulakan perlawanan dengan lebih agresif," katanya.
Dalam pada itu, dia turut berharap anak buahnya memanfaatkan situasi bola mati susulan perkara itu antara kepakaran juara 11 kali berturut-turut Liga Super itu.
"Pada aksi pertama liga kami menyerlah apabila menjaringkan gol awal, tetapi pada perlawanan kali ini kami leka sehingga akhirnya dihukum pasukan lawan,
"Set piece (bola mati) ini penting kerana kita diberikan banyak sepakan sudut dan sepakan bebas dalam sesuatu perlawanan. Hal seperti inilah yang perlu dijadikan senjata buat Harimau Selatan." tambahnya seperti dilaporkan Sinar Harian.