Selepas nama Paulo Bento dikaitkan bakal mengemudi skuad kebangsaan menjadi tular di laman sosial, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pantas menafikannya sambil menyifatkan ia adalah spekulasi tidak benar.
Bagaimanapun, menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, calonnya masih lagi berasal dari Portugal, namun enggan mendedahkan namanya.
Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi sebaik sahaja mendapat perkenan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Saya ingin memberitahu kepada semua bahawa spekulasi mengenai jurulatih baharu skuad kebangsaan, iaitu bekas jurulatih kelab Olympiakos, Paulo Jorge Gomes Bento, yang telah menular di laman sosial sekarang ini adalah tidak benar sama sekali.
"Selepas mendapat perkenan daripada Tunku Ismail selaku Presiden FAM, saya akan mengumumkan jurulatih sebenar skuad kebangsaan yang berasal dari Portugal dalam tempoh tiga atau empat hari lagi kepada penyokong bola sepak tanah air selepas kedua-dua pihak selesai segala urusan dokumen dan kontrak," katanya petang tadi.