Bruno Fernandes tidak pasti mengenai mengenai masa depan Cristiano Ronaldo di Manchester United sambil mengecam pengkritiknya musim lalu.
Ronaldo dilaporkan telah meminta untuk meninggalkan Old Trafford kurang setahun selepas dipinang daripada Juventus yang menyaksikan The Red Devils menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu di tangga keenam.
Pemain berusia 37 tahun itu telah merekodkan 140 gol Liga Juara-Juara (UCL), 15 lebih banyak daripada pesaing terdekatnya, Lionel Messi. Lantas, berhasrat untuk melanjutkan aksinya dalam pertandingan kelab utama bola sepak Eropah berkenaan yang dilaporkan menjadi motivasi pentingnya untuk berkelana.
Ronaldo masih belum berlatih di bawah bimbingan Erik ten Hag sebagai persiapan menghadapi musim baru apabila terlepas siri jelajah kelab itu ke Asia dan Australia atas sebab keluarga.
Walaupun United berpendirian teguh untuk mengekalkan penyerang itu, Fernandes berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh Ronaldo harus dihormati sambil mengakui tidak tahu sebarang niat rakan senegaranya itu.
“Saya tidak tahu, Cristiano adalah penjaring terbanyak kami musim lalu, dia menyumbangkan jaringan buat kami tetapi jelas ia bukan di tangan saya. Pihak kelab yang perlu membuat pilihan, begitu juga Cristiano sendiri yang perlu membuat pilihan,” kata perancang tengah itu dalam kepada Athletic.

"Saya tidak pasti apa yang sedang bermain di fikirannya. Jika dia mahu pergi, itu semua berita. Saya tidak bertanya kepadanya tentang perkara itu.
"Satu-satunya perkara yang saya tanya kepada Cristiano apabila dia tidak hadir untuk latihan pra-musim ialah tentang keluarganya. Dia ada berkongsi mengenai apa yang berlaku, itu sahaja dan tidak lebih.
"Kami perlu menghormati keputusan setiap orang. Saya tidak tahu apa yang dikatakan Cristiano kepada kelab, pengurus. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam mindanya tetapi kami perlu memberinya ruangnya.
"Apa yang kami tahu, dia mempunyai beberapa masalah keluarga jadi kami perlu memberinya sedikit ruang dan itu sahaja."
Pemain tengah kreatif itu juga mempertahankan gaya permainannya yang dianggap kurang disiplin, baik ketika menguasai mahupun kehilangan bola.
“Saya tidak faham soalan seperti itu untuk menguasai bola atau apa sahaja berkisarkan perkara itu,” katanya.
"Saya mengekalkan bola apabila saya fikir saya perlu mengekalkannya, saya cuba membuat hantaran apabila saya fikir saya perlu melakukannya. Kadang-kadang ia berjalan dengan baik, kadang-kadang silap.
“Sudah tentu apabila ia tersilap, ia tidak sepatutnya berlaku tetapi kadangkala apabila anda bermain di kedudukan nombor 10, anda hanya mempunyai beberapa saat untuk berfikir dan mengawal bola termasuk membuat hantaran.