Pemain tengah Perak, Brendan Gan, memuji kelibat rakan sepasukannya dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur semalam biarpun gagal mengatasi Selangor dalam aksi yang berkesudahan seri 1-1.
Bagi Brendan, Perak tetap beraksi baik meskipun tanpa kelibat Gilmar da Silva dan Leandro dos Santos yang menjalani penggantungan.
"Tanpa kehadiran Gilmar, kami masih mampu bermain dengan baik, mencipta peluang sepanjang perlawanan dan berharap selepas ini kami mampu mencetak lebih banyak jaringan," katanya.
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, turut menyuarkan pendapat yang sama tetapi melihat Perak memiliki peluang untuk membawa pulang tiga mata.
Bagi Durakovic, meskipun hasrat memintas Johor Darul Ta'zim (JDT) di tangga teratas kini kian sukar, ia tetap penting buat Perak terus merakam keputusan dalam liga dan menuju ke saingan Piala Malaysia.
"Sukar untuk berdepan Selangor di laman sendiri. Mereka dibarisi pemain-pemain muda yang berkualiti. Kami berharap dapat mencipta kemenangan dalam aksi akan datang," kata Durakovic.