Selangor FC terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk berkongsi mata dengan Sri Pahang FC selepas perlawanan Liga Super berkesudahan 1-1 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Tuan rumah mendapat peluang pertama perlawanan apabila Alexander Agyarkwa mengancam kubu Sri Pahang seawal minit kedua namun penjaga gol, Zarif Irfan mudah menyelamatkan keadaan.
Berselang tiga minit, giliran Tok Gajah pula untuk cuba menghukum kesilapan pertahanan tuan rumah, bagaimanapun percubaan Nor Azam Aih sekadar melepasi sasaran.
Kpah sherman pula turut dihadiahkan peluang untuk merobek gawang Selangor, tapi ledakannya juga gagal menemui sasaran.
Pada minit ke-34, Ayron Del Valle, akhirnya merobek gawang namun pengadil membatal jaringan tersebut kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Selepas perlawanan bersambung, penguasaan bola ternyata memihak Selangor, menghampiri gawang lawan sebelum Sharul Nazeem melepaskan rembatan yang nyaris memecah kebuntuan namun sekali lagi dinafikan Zarif.
Sri Pahang mula meningkatkan momentum dengan cubaan rembatan deras Syazwan Andik yang hampir buat tuan rumah tergamam sebelum pasukan pelawat diberikan kelebihan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Stefano Brundo pada minit ke-74.
Ketika penyokong tuan rumah sedang hampa dengan jaringan pelawat, kapten pasukan Selangor, Brendan Gan muncul penyelamat tuan rumah apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-88, flik yang dilakukan pemain tengah itu berjaya menewaskan benteng akhir pelawat.
Cuaca hujan lebat mematahkan kualiti permainan sehingga perlawanan tamat di mana kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.