Bekas penjaga gol Australia, Mark Bosnich, yakin Tim Cahill akan membuat penampilan bersama pasukan dalam saingan Piala Dunia Russia berdepan Peru.
Russia 2018 menandakan penampilan keempat Cahill dalam saingan Piala Dunia tetapi kali ini dia sekadar berada di bangku simpanan dan diketepikan oleh pengendali pasukan, Bert van Marwijk, untuk kedua-dua aksi Kumpulan C berdepan Perancis dan Denmark.
Australia hanya memiliki satu mata ketika ini dan dua gol yang terhasil hadir menerusi sepakan penalti Mile Jedinak.
Sebagai penjaring terbanyak buat Socceroos dengan 50 gol, beberapa penyokong menyeru nama Cahill untuk terlibat dalam aksi terakhir berdepan Peru di Sochi, malam esok.
Australia memerlukan kemenangan untuk berpeluang ke pusingan seterusnya dan Bosnich percaya pemain berusia 38 tahun itu masih memiliki sesuatu untuk ditampilkan kepada dunia.
"Ya bagi saya. Ketika berdepan Perancis, kami memiliki satu lagi pemain gantian yang belum diguna. Saya yakin Cahill akan beraksi untuk perlawanan seterusnya kerana dia adalah pemain yang penting.
"Terdapat beberapa pemain yang lebih baik daripada Cahill -- Mark Viduka, Harry Kewell dan ramai lagi.
"Tetapi tiada pemain yang beraksi lebih cemerlang buat Socceroos daripada Cahill.
"Dia seorang pemain konsisten dan telah beraksi sebanyak 100 perlawanan. Dia akan sentiasa diingati oleh seluruh Australia.
"Jaringannya berdepan Belanda empat tahun lalu adalah bertaraf dunia. Saya harap dia mampu menampilkan sentuhan itu sekali lagi dalam aksi seterusnya."