Skip to main content

Bola Sepak

Bolehkah sambutan final JDT-Terengganu setanding konsert Coldplay?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coldplay.jpg
Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri orang ramai yang dianggarkan lebih daripada 80,000 bagi menyaksikan konsert kugiran ColdPlay yang berlangsung di venue tersebut.

Rata-rata peminat Coldplay sanggup berhujan sebelum dibenarkan memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan persembahan yang bermula pada sebelah malam.

 

Selang enam hari sebelum konsert tersebut, dianggarkan hanya 17,000 penyokong Harimau Malaya yang hadir membanjiri SNBJ bagi bertindak sebagai pemain ke-12 skuad kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Kyrgystan pada perlawanan pertama kumpulan D.

Menjelang aksi pertembungan Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Terengganu FC dalam aksi final Piala Malaysia, kejohanan tertua di rantau Asia, sudah pasti bakal menjanjikan sesuatu yang dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air.

Jadi, jom ramai-ramai serbu SNBJ 8 Disember ini!

Advertisement

Must Watch Video