Skip to main content

Bola Sepak

Bola Sepak Pekak Dunia: Deaf Tigers elak hantaran tinggi hadapi Cameroon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haris-lajis.jpg
Pengendali skuad bola sepak pekak kebangsaan, Haris Lajid, bakal menerapkan taktikal permainan pantas serta mengurangkan hantaran tinggi dalam aksi terakhir penentuan tempat Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia 2023. 

Sedar fizikal besar dimiliki lawan, dia mengarahkan pemain supaya berhati-hati dan bermain dengan tenang agar kurang melakukan kesilapan mudah. 

"Kami perlu perbanyakan hantaran pendek. 

"Langkah kami lebih cepat sementara reaksi pemain lawan lambat 

"Kai perlu gunakan kelebihan yang ada ketika berdepan lawan yang lebih besar," katanya di MSN, Bukit Jalil, esok," katanya. 

Berbekalkan persembahan lalu, dia menganggap bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan mereka masih segar dengan kemenangan 5-1 bertemu Thailand sebelum ini. 

Skuad kebangsaan bakal menentang Cameroon di Padang MBSJ esok bagi merebut slot 17 dan 18.

Advertisement

Must Watch Video