Demikian luahan gembira ketua kontinjen bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSS Terengganu), Ahmad Azli, yang tidak menjangka kejayaan berlipat ganda diraih kontinjen negeri itu dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025.
Lebih menggembirakan, kejayaan itu turut menjadi kesinambungan terhadap kecemerlangan MSS Terengganu dalam Kejohanan Olahraga MSSM sebelum ini.
Skuad bola sepak MSS Terengganu muncul juara keseluruhan kejohanan itu selepas mengungguli kategori B-18 dan B-15 selain menduduki tempat ketiga kategori B-12.
"Secara jujurnya, saya memerhatikan pelajar kami dalam setiap perlawanan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Mereka bermain dalam keadaan yang amat-amat fokus dalam setiap perlawanan dan memberikan komitmen yang baik.
"Setiap kali tamat perlawanan, tidak kira menang atau kalah, kami akan menangis.
"Itu menunjukkan komitmen mereka untuk mencipta kejayaan ini."