Skip to main content

Bola Sepak

Bola Sepak MSSM: Kelantan berpuas hati dengan pingat perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

12817mssmkelantan.jpg
Terengganu terus membuktikan kehebatan apabila menjuarai  Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2017 Bawah 18 Tahun dengan mengalahkan musuh tradisi,  Kelantan, 1-0  di Stadium Darul Makmur,  malam tadi.

Kekalahan tipis yang dialami Kelantan bermakna mereka gagal menebus kembali hutang lima tahun lalu apabila tewas dengan jaringan yang sama.

Ketua jurulatih Kelantan, Rizalman Hassan, akur  dengan kekalahan ini sambil menyifatkan jaringan Terengganu pada minit ke-29 oleh Mohammad Zulfikri Muhammad banyak memberi tekanan kepada anak buahnya mencari gol penyamaan.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kami mampu beraksi di pentas final. Biarpun tewas, sekalung tahniah kepada semua pemain yang berusaha gigih untuk mencari kejuaraan di sini.

“Gol awal Terengganu banyak memberi tekanan kepada anak buah saya dan ketumpulan barisan serangan menyebabkan kami terpaksa akur bergelar naib johan sekali lagi,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi keseluruhan skuad  MSSM Kelantan musim ini, Rizalman menjelaskan cukup berpuas hati biarpun harapan untuk menebus luka lama kepada Terengganu masih belum berjaya dilunaskan. 

“Saya berpuas hati dengan prestasi semua pemain Kelantan yang cukup berdisiplin sepanjang kejohanan ini berlangsung.  Insya-Allah, kami akan berusaha lebih gigih tahun hadapan untuk menjulang kejuaraan,” katanya. 

Advertisement

Must Watch Video