Skip to main content

Bola Sepak

Bola sepak Asia, keluarga Palestin!

palestin.jpg
Dalam kesibukan kita melalui hari demi hari, dengan kerja, tugasan serta pelbagai kejohanan sukan yang semakin hampir; satu lagi rutin harian yang kerapkali menjenguk agenda harian adalah mendapatkan perkembangan terkini tentang saudara kita di Palestin.

Tidak dinafikan, hampir setiap kali imej sengsara mereka hinggap di Instagram atau mana-mana platform laman media sosial, air mata akan menitis. Rasa bersalah, resah tanpa mengetahui apa yang boleh dilakukan untuk membantu mereka.

Tetapi hari ini berbeza.

Hari ini kita sama-sama saksikan di pentas bolasepak tertinggi Asia, di upacara pembukaan Piala Asia Qatar 2023… muzik Palestine dialunkan di permulaan dan penutup upacara tersebut. Sungguh merdu dan menggamit hati.

Ikutkan tradisi, seharusnya kapten Pasukan Tuan Rumah yang membaca ikrar Piala Asia. Tetapi penghormatan itu diberikan kepada kapten pasukan Palestine!

Ahh meremang bulu roma menyaksikan solidariti yang diberikan keluarga bolasepak Asia kepada Palestine.

Of course, Harimau Malaya tetap pasukan pilihan hati kita sebagai rakyat Malaysia. Tetapi indah sungguh apabila benar, sekali lagi terbukti bahawa sukan mampu satukan suara hati manusia, bukannya manifesto mahupun agenda politik.




Whatever it is Harimau Malaya, we will always support you.

But Palestine, we will always be behind you.

Let the games begin! 
 

Advertisement

Must Watch Video